Monday, October 17, 2011

Hello Mr. Know It All



This song is specially dedicated to people who pretend to know everything about me , yet they don't :]


Thursday, August 18, 2011








Buat masa sekarang tengah bagusss punya layan City Hunter.

Dah sampai episod 11. Oh okay Lee Minho cool hensem macho semua ada ya dalam ni.

Tak suka Park Min Young, tapi suka dia dalam ni. Rasa rasa dah bertambah sorang dalam bias list aku. Lee Jonghyun still no 1 tak tergugat dont worry tak pa.

Lee Yoon Sung. Ok dah bai.

Wednesday, August 17, 2011

. the lazy song .



I have saw this cute mushy mushy post in my Tumblr dashboard .















How cute these little twins dancing the Lazy Song..hahaha.


source : Tumblr

Alkisah Borders - part I

After nak dekat 3 bulan lebih baru nak menulis balik jenuh cari idea la kan nak post apa.Nak kata aku ni selalu tulis tulis blog ni memang tak la, ikut musim & mood la jugak. Ni pon baru ada mood.Dah sampai aku merantau ke KL cari kerja berhenti kerja dah la, baru nak cerita pasal tempat kerja. Borders nama dia. Dekat The Gardens 3rd floor.

11 May 2011- Starting ,1st day aku kerja dekat Borders, dah kena stocktake (definition : Stock-taking or inventory checking is the physical verification of the quantities and condition of items held in an inventory or warehouse ) *google meaning, jangan malas* . Manager store a.k.a Mr.Goh dah warning, this is a give and take memandangkan on the stocktake day kena datang seawal 7 pagi. Aku terima ja la dah alang alang dapat. Malas nak taip panjang-panjang so hari stocktake datang awal makan nasi lemak minum milo pastu terus scan semua buku.










Haaaa meh aku nak cerita 1st impression aku dekat sorang-sorang budak senior la sangat. 1st person, biasalah kan dah nama pun 1st impression, bukan kenal lagi, so impression berlagak or sombong tu mesti ada. Annuar. Haha ok, serious aku takut dengan Nuar mula-mula. Even bila terjumpa dekat dalam pantry pun masing masing tak bertegur. Aku kalo orang tak tegur aku, aku pon cuak la nak tegur sama. But then, Nuar yang start conversation and lastly aku pon dah tak ber'impression' takut lagi dekat Nuar. :D Nuar rajin woooo..jangan main-main, 1st time aku tengok lelaki yang rajin gila macam Nuar. Serious tak main main punya. Kitorang berjimba-jimba dekat Kids Info or main tendang tendang Angry Bird dekat Hallmark section waktu recovery ,dia steady je shelve magazine dia. Salute to Nuar !



Masa ni diorang tinggal aku makan aiskrim sesama :(

Wan pulak. Yang ni lagi tak leh blah. Mula-mula bajet je, macam tak nak kawan dengan aku pun ada.Aku pun bajet baik je mula-mula.Survey orang kata, pastu baru tunjuk parut :P . Wan ni Nicole suruh dia ajar aku TLU (Title Lookup) pon macam nak tak nak je ajar. Sedih tau :(( ...sampai hati Wan... haaaa dah lama-lama aku buli baru aku tau Wan ni minat Korea jugak.ekekeke..nampak je kuat loading, tapi nak pergi Ireland wa cakap lu. Medic tu. Sumpah nanti aku rindu kau Wan TT_TT aku dengan Wan banyak jugak sama, yang sama tu Korea sikit-skit kot, satu lagi sebab dua-dua orang penakut dengan kakak. Bukan takut apa, malas nak kena bising, ya la menumpang rumah orang katakan.hmmmm...



Nak tiru gaya Domo-kun katanya.



Bini Pocai a.k.a Alin. Masterji aku. Ima pernah cakap, aku dengan Alin ni bajet taiko. Aku ni menyerlah kalau dengan Alin je ( dendam kesumat aku dengan Ima nih). Alin ni orang kuat Borders. Apa dia tak pernah buat, semua aku tiru dia. Ehem ehem C.A letter (correction attitude) first aku tu EPIC tau. Baca/browse magazine dekat kids info.Starting segala-galanya dalam closing note. Lepas-lepas aku dapat C.A letter tu terus MT nampak aku dengan Alin like a 'bestfriend ever' dalam Borders sebab kalau apa-apa ja kitorang dua yang selalu kena. Lepak dalam inventory, shelve buku sama-sama, makan sekali,reg & info sekali, bak kata Farihna macam kembar *mata keatas tangan ke dada*
Masterji ni kalau dia tak de sehari kat Borders mesti hidup aku suram hari tu. Aku benci kau masterji, aku boring sebab kau selalu tak sama break dengan aku. Masterji ni selalu kena marah dengan laki dia. Aku dengan Wan pernah kata, kitorang tak tau apa la nasib masterji ni selalu sangat kena marah dengan laki dia.ngehngeh. Nusyuz kot. Banyak la aku dengan masterji buat durjana dekat sana. Macam-macam. Mula-mula impression dekat masterji ni, aku ingat dia ni bajet la jugak kot(jangan marah masterji). Masa aku jaga info kalau dia jadi cashier (reg dengan info counter sebelah-sebelah) mesti dia suruh aku wrap hadiah, cari buku, masukkan buku dalam plastik dan aku pun menurut perintah beliau tanpa sebarang bangkangan. First time conversation hati ke hati dekat Kids Info, nak manual wrapping buku, dia ajak aku wrap sambil duduk. Masa tu baru aku tau dia pon budak Integrasi. Banyak jugak budak-budak pandai kan kerja kat sini,aku berkata dalam hati. Start pada tu la kitorang jadi click. Ye idok masterji?Hamba rindu masterji...



Ni la Masterji aku. Mere meh booba ya Masterji~~~



Kak Wa adik kesayangan Pocai... Kak Wa yang amat meminati Siti Nurhaliza, Otai diluar tetapi sentimental di dalam. Cute sangat tengok dia nangis sebab kena marah dengan Pocai lepas kejadian 'scandal tetiba' Masterji.hahaha. Inventory kalau takde Kak Wa aku pun tak nak masuk. Panassss je rasa. Dia la yang membuatkan aku nak ambik buku yang hanya 5 minit ja tu terus melekat 1 jam. Tetapi disebabkan 'MakCik' !!! choiii~~
Kak Wa masuk Borders lambat sikit pada aku, senyap je mula-mula. Aku pon tak berapa ingat dah macam mana boleh jadi satu kepala nak mampus dengan semua orang. Sumpah dengan korang aku aku gelak sampai puas.



Kan aku cakap, muka Otai hati sentimental. Tengok main katak lagi. Otai mana pegang kata la der.



Azira ( Kak Wa panggil Zura ) - Azira kawan Nina. Aku tak sempat dengan Nina so tak kenal sangat. Azira mula-mula masuk eksyen tau.. senyum-senyum Anuar Zain je dengan aku. Aku pon takut nak tegor.Haha. Orang inventory kata kau speaking ada bau-bau omputih. So kami semua tak berani nak tegor sebab tak tahu nak balas speakang bau omputih balik. Aku ingat lagi mula-mula dulu kami semua main-main panggil nama Annuar ber'qalqalah' lagi. Sebut Annuar sambil lidah pusing...Annuarrrrrr~~ Azira pergi Korea tau. Dekat Busan sebulan. Aku jeles. Sebab tu hometown Lee Jonghyun TT_TT . Dah tak nak emo. Aku kenal Azira , baru aku kenal Chatime. First time aku minum Chatime, tu pun rasa yang Zira punya. Sedih. Aku rasa Zira budak paling comel cute gitu dekat Borders.Sumpah tak tipu. :DDD


Aku nak tiru pose ni nanti.Nanti.








To be continued...part II.


p/s- nak sambung tengok City Hunter. Lee Yoon Sung mana boleh lepas.Dah bye.

Thursday, May 5, 2011

selamat tinggal kawan

Since I havent posting for such a long time, I just feel like so right now.

Tanggal 3 May 2011 aku dapat berita, bekas rakan sekolah aku, Shahir Saad telah pergi menghadap Yang Maha Esa setelah bertarung dengan kanser otak tahap 4. Dah dapat rasa tak sedap hati bila nampak notification from Maryani dekat group ikups di Facebook.Setelah mengikut perkembangan Shahir daripada rakan-rakan yg tak putus-putus melawat Shahir di HUSM,dia dah melalui 3 kali operations dan yang ketiga arwah dah mula tenat.Arwah pergi meninggalkan bumi Allah selepas maghrib disisi ibu dan ayah beliau.

Bila teringat balik zaman sekolah dulu di SBPIKP, selalu bersembang dengan dia, arwah seorang yang baik, tak pernah menyakitkan hati orang, senang berkawan dengannya.Allah lebih sayangkan Shahir.

Aku sempat melawat Shahir buat kali yang terakhir disisi pusara beliau di Simpang Empat. Agak terkilan sebab tak sempat tengok Shahir buat kali yang terakhir sebelum beliau dikebumikan atas urusan aku di Perlis awal pagi semalam. Aku dengan Syafiqin sampai di pusara arwah dalam pukul 1 dan pergi ke rumah keluarga arwah untuk mengucapkan takziah untk keluarganya. Mak Shahir memang sangat tenang,kakak kakak dia,ayah Shahir, dan yang paling aku tak boleh lupa adik lelaki Shahir. Sayu sangat tengok sebab memamng saling tak tumpah macam Shahir.Suara,tingginya,memang Shahir.Mak dia sempat cakap sebelum aku nak balik, selalu selalau la datang rumah walaupun Shahir dah takda,jangan putus hubungan.Sayu sangat.

Ni kali pertama aku kehilangan seorang kawan yang boleh dikatakan agak rapat waktu sekolah dulu disebabkan kami dalam satu aliran sains tulen.Terngiang-ngiang suara Shahir,teringat aku pernah berchatting dengan arwah masa aku di semester 2 kalau tak silap.Tak sangka sangat.

Shahir, Al-Fatihah disedekahkan untuknya,semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukmin,mendapar keredhaan dan ketenangan di sana.Amin~~

Arwah dah selamat, aku masih ada perjuangan yang belum selesai. Dosa sangat banyak, semoga sempat diberi hidayah dan petunjuk untuk menjadi hamba yang lebih baik untukMu ya Allah.



daripada abang Shahir ,Sabri Saad -->

Salam buat semua sahabat kepada arwah adik sy Ahmad Shahir Saad...Kenderaan yang membawa jenazahnya bertolak pada pukul 12.45 tgh malam td dr HUSM Kubang Kerian...dijangka sampai pagi nanti di Simpang Empat, Alor Setar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat arwah adik saya yang tidak-tidak putus berdoa utk kesejahteraan hidupnya ketika mendapat ujian kesakitan itu, tanggal 25/2/2011 tergerak hati ibu kami telefon arwah..tetapi sahabat baiknya dengan nada seolah-olah ingin berahsia yang arwah berada di Hosptal Terangganu..itulah pesan arwah kpd sahabat baiknya agar merahsiakan kepada pengetahuan family...pada malam itu juga kami bergegas ke Terangganu dan apabila tiba...hanya sekujur tubuh yang sedang menahan kesakitan..dalam keadaan anggota badan sebelah kiri telah hilang fungsinya akibat ketumbuhan di bahagian otak kanannya...ptg itu juga arwah dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian dan terus menjalani pembedahan kali pertama...selepas pembedahan beliau sedar dengan cepat dan keadaan arwah begitu berlainan dari sebelumnya...walaupun sebelum pembedahan...doktor memaklumkan segala risiko...namun berkat doa semua sahabat2...semuanya berlalu begitu sahaja..ingatan beliau tidak hilang tetapi hanya fungsi anggota sebelah kiri yg akan kekal...walaupun selamat menjalani pembedahan doktor telah memaklumkan mereka hanya membuang sedikit sahaja ketumbuhan tersebut dan kesannya terdapat benjolon di bahagian kanan kepala arwah...selepas itu...arwah menjalani pembedahan utk kali ke2..alhamdulillah pembedahan berjalan lancar...ketika ini byk perubahan berlaku pada arwah..dia banyak bercakap...dia kuat makan..dia suka berleter...sampaikan ayah kami pun kena...kami semua hanya mampu tersenyum dihadapanya...namun air mata ni tetap mengalir ketika kepala kami memaling ke belakang...pada ketika ini juga mak telah memaklumkan akan luahan rasa mengalah arwah dan terkilan kerana: cita-cita beliau utk mendirikan sebuah banglo utk mak n ayah dan menghantar mak n ayah menunaikan haji tidak kesampaian...mendengarnya dari mulut mak..sy sebagai abg sulung cukup tersentuh...Insyallah segala hajat arwah akan sy pikul...akhirnya doktor memaklumkan kepada kami utk pembedahan kali ke 3...w/pun kami agak berat utk membenarkan pembedahan kali ke 3 ni..tetapi demi utk menyelamatkan nyawanya...maka ia tetap diteruskan....setelah selesai pembdhan kali ke 3..doktor terus memaklumkan...inilah pembedahan terakhir utk arwah...dah x ada apa utk dilakukan ke atas penyakit arwah...dan...selepas 2 minggu pembedahan ke 3..keadaan arwah menjadi kritikal...last sy berjumpanya pada malam 1 Mei 2011..sebelum balik...arwah sempat membuka sedikit sahaja kelopak mata kanannya...itupun atas permintaan sy sendiri...dan..pada pagi semalam (3 mei 2011)..mak beritahu mata arwah terpejam rapat tetapi air matanya mengalir...dan pada sebelah petangnya...arwah mula tenat...dan selepas solat Magrib....arwah telah pergi buat selamanya disisi mak n ayah yg tidak pernah meninggalkannya bermula dari arwah sakit...ini saja yg sy dapat kongsi utk semua sahabat arwah...sepanjang arwah d HUSM ramai sahabat telah datang menziaraahinya dan memberi semangat pada arwah..namun ini semua ketentuanNYA...untuk semua sahabat Arwah Ahmad Shahir..teruskan perjuangan dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekarang...terima kasih..terima kasih...terima kasih...Insyallah jenazah Arwah akan disemadikan seberapa cepat yg mampu bila sampai di rumah nanti...Akhirnya sy bagi keluarga ingin memohon maaf dan jika ada apa2 urusan arwah yang belum selesai ..mohon hubungi sy di talian 019-442 4096......Al- Fatihah
Al-Fatihah untuk Ahmad Shahir Saad.
Dia milik Allah.