Tanggal 3 May 2011 aku dapat berita, bekas rakan sekolah aku, Shahir Saad telah pergi menghadap Yang Maha Esa setelah bertarung dengan kanser otak tahap 4. Dah dapat rasa tak sedap hati bila nampak notification from Maryani dekat group ikups di Facebook.Setelah mengikut perkembangan Shahir daripada rakan-rakan yg tak putus-putus melawat Shahir di HUSM,dia dah melalui 3 kali operations dan yang ketiga arwah dah mula tenat.Arwah pergi meninggalkan bumi Allah selepas maghrib disisi ibu dan ayah beliau.
Bila teringat balik zaman sekolah dulu di SBPIKP, selalu bersembang dengan dia, arwah seorang yang baik, tak pernah menyakitkan hati orang, senang berkawan dengannya.Allah lebih sayangkan Shahir.
Aku sempat melawat Shahir buat kali yang terakhir disisi pusara beliau di Simpang Empat. Agak terkilan sebab tak sempat tengok Shahir buat kali yang terakhir sebelum beliau dikebumikan atas urusan aku di Perlis awal pagi semalam. Aku dengan Syafiqin sampai di pusara arwah dalam pukul 1 dan pergi ke rumah keluarga arwah untuk mengucapkan takziah untk keluarganya. Mak Shahir memang sangat tenang,kakak kakak dia,ayah Shahir, dan yang paling aku tak boleh lupa adik lelaki Shahir. Sayu sangat tengok sebab memamng saling tak tumpah macam Shahir.Suara,tingginya,memang Shahir.Mak dia sempat cakap sebelum aku nak balik, selalu selalau la datang rumah walaupun Shahir dah takda,jangan putus hubungan.Sayu sangat.
Aku sempat melawat Shahir buat kali yang terakhir disisi pusara beliau di Simpang Empat. Agak terkilan sebab tak sempat tengok Shahir buat kali yang terakhir sebelum beliau dikebumikan atas urusan aku di Perlis awal pagi semalam. Aku dengan Syafiqin sampai di pusara arwah dalam pukul 1 dan pergi ke rumah keluarga arwah untuk mengucapkan takziah untk keluarganya. Mak Shahir memang sangat tenang,kakak kakak dia,ayah Shahir, dan yang paling aku tak boleh lupa adik lelaki Shahir. Sayu sangat tengok sebab memamng saling tak tumpah macam Shahir.Suara,tingginya,memang Shahir.Mak dia sempat cakap sebelum aku nak balik, selalu selalau la datang rumah walaupun Shahir dah takda,jangan putus hubungan.Sayu sangat.
Ni kali pertama aku kehilangan seorang kawan yang boleh dikatakan agak rapat waktu sekolah dulu disebabkan kami dalam satu aliran sains tulen.Terngiang-ngiang suara Shahir,teringat aku pernah berchatting dengan arwah masa aku di semester 2 kalau tak silap.Tak sangka sangat.
Shahir, Al-Fatihah disedekahkan untuknya,semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukmin,mendapar keredhaan dan ketenangan di sana.Amin~~
Arwah dah selamat, aku masih ada perjuangan yang belum selesai. Dosa sangat banyak, semoga sempat diberi hidayah dan petunjuk untuk menjadi hamba yang lebih baik untukMu ya Allah.
daripada abang Shahir ,Sabri Saad -->
Salam buat semua sahabat kepada arwah adik sy Ahmad Shahir Saad...Kenderaan yang membawa jenazahnya bertolak pada pukul 12.45 tgh malam td dr HUSM Kubang Kerian...dijangka sampai pagi nanti di Simpang Empat, Alor Setar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat arwah adik saya yang tidak-tidak putus berdoa utk kesejahteraan hidupnya ketika mendapat ujian kesakitan itu, tanggal 25/2/2011 tergerak hati ibu kami telefon arwah..tetapi sahabat baiknya dengan nada seolah-olah ingin berahsia yang arwah berada di Hosptal Terangganu..itulah pesan arwah kpd sahabat baiknya agar merahsiakan kepada pengetahuan family...pada malam itu juga kami bergegas ke Terangganu dan apabila tiba...hanya sekujur tubuh yang sedang menahan kesakitan..dalam keadaan anggota badan sebelah kiri telah hilang fungsinya akibat ketumbuhan di bahagian otak kanannya...ptg itu juga arwah dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian dan terus menjalani pembedahan kali pertama...selepas pembedahan beliau sedar dengan cepat dan keadaan arwah begitu berlainan dari sebelumnya...walaupun sebelum pembedahan...doktor memaklumkan segala risiko...namun berkat doa semua sahabat2...semuanya berlalu begitu sahaja..ingatan beliau tidak hilang tetapi hanya fungsi anggota sebelah kiri yg akan kekal...walaupun selamat menjalani pembedahan doktor telah memaklumkan mereka hanya membuang sedikit sahaja ketumbuhan tersebut dan kesannya terdapat benjolon di bahagian kanan kepala arwah...selepas itu...arwah menjalani pembedahan utk kali ke2..alhamdulillah pembedahan berjalan lancar...ketika ini byk perubahan berlaku pada arwah..dia banyak bercakap...dia kuat makan..dia suka berleter...sampaikan ayah kami pun kena...kami semua hanya mampu tersenyum dihadapanya...namun air mata ni tetap mengalir ketika kepala kami memaling ke belakang...pada ketika ini juga mak telah memaklumkan akan luahan rasa mengalah arwah dan terkilan kerana: cita-cita beliau utk mendirikan sebuah banglo utk mak n ayah dan menghantar mak n ayah menunaikan haji tidak kesampaian...mendengarnya dari mulut mak..sy sebagai abg sulung cukup tersentuh...Insyallah segala hajat arwah akan sy pikul...akhirnya doktor memaklumkan kepada kami utk pembedahan kali ke 3...w/pun kami agak berat utk membenarkan pembedahan kali ke 3 ni..tetapi demi utk menyelamatkan nyawanya...maka ia tetap diteruskan....setelah selesai pembdhan kali ke 3..doktor terus memaklumkan...inilah pembedahan terakhir utk arwah...dah x ada apa utk dilakukan ke atas penyakit arwah...dan...selepas 2 minggu pembedahan ke 3..keadaan arwah menjadi kritikal...last sy berjumpanya pada malam 1 Mei 2011..sebelum balik...arwah sempat membuka sedikit sahaja kelopak mata kanannya...itupun atas permintaan sy sendiri...dan..pada pagi semalam (3 mei 2011)..mak beritahu mata arwah terpejam rapat tetapi air matanya mengalir...dan pada sebelah petangnya...arwah mula tenat...dan selepas solat Magrib....arwah telah pergi buat selamanya disisi mak n ayah yg tidak pernah meninggalkannya bermula dari arwah sakit...ini saja yg sy dapat kongsi utk semua sahabat arwah...sepanjang arwah d HUSM ramai sahabat telah datang menziaraahinya dan memberi semangat pada arwah..namun ini semua ketentuanNYA...untuk semua sahabat Arwah Ahmad Shahir..teruskan perjuangan dalam apa jua bidang yang anda ceburi sekarang...terima kasih..terima kasih...terima kasih...Insyallah jenazah Arwah akan disemadikan seberapa cepat yg mampu bila sampai di rumah nanti...Akhirnya sy bagi keluarga ingin memohon maaf dan jika ada apa2 urusan arwah yang belum selesai ..mohon hubungi sy di talian 019-442 4096......Al- Fatihah
Al-Fatihah untuk Ahmad Shahir Saad.
Dia milik Allah.
2 comments:
takziah from me..
al fatihah
Post a Comment